This is the "Pengenalan" page of the "Melayu Islam Beraja (MIB)" guide.
Alternate Page for Screenreader Users
Skip to Page Navigation
Skip to Page Content

Melayu Islam Beraja (MIB)  

Last Updated: Mar 6, 2015 URL: http://libguides.ubd.edu.bn/content.php?pid=278173 Print Guide RSS Updates

Pengenalan Print Page
  Search: 
 
 

Panduan Perkara Perpustakaan (LibGuides) MIB

Selamat Datang ke Panduan Perkara Perpustakaan UBD (LibGuide) untuk Melayu Islam Beraja. Panduan ini direka khas bagi membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat tepat dan berguna dalam bentuk elektronik atau pun cetak.

 

MIB @UBD

Melayu Islam Beraja merupakan satu kursus wajib untuk semua pelajar di Universiti Brunei Darussalam dan dibukakan pada Semester 1 dan Semester 2.  Kursus ini dikendalikan oleh Akademi Pengajian Brunei dengan kod PB-1501. 

Bagi pelajar-pelajar yang tidak boleh berbahasa Melayu terutama pelajar-pelajar luar negara diberikan pilihan untuk mengambil kursus PB-1502 ia itu "Introduction to Brunei Darussalam".

 

 

MIB @ Sekolah-Sekolah NBD

Mata pelajaran MIB di sekolah-sekolah bukanlah perkara baru. Kementerian Pendidikan telah menjadikan mata pelajaran MIB sebagai mata pelajaran teras di sekolah-sekolah sejak 1992.  Ini bermakna pelajar-pelajar memang terdidik dengan pendidikan MIB sejak 20 tahun yang lalu. Langkah ini  bertujuan bukan sahaja untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam bidang agama malah juga untuk dihayati dan diamalkan. Mata pelajaran MIB  dipercayai dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai moral yang terpuji bagi membina akhlak yang mulia atau nilai-nilai keberunaian yang murni disamping mempelajari akademik yang lain. Pelajar-pelajar memang sedari awal lagi sudah faham dan dapat memparktikan atau mengamalkan cara hidup yang sihat terutama mengamalkan sikap bersopan santun, hormat-menghormati dan taat kepada raja serta mematuhi undang-undang.

Berikut petikan penerangan daripada Kementerian Pendidikan tentang bagaimana MIB diserapkan kedalam terbitan buku-buku sekolah yang diajarkan.

http://www.brudirect.com/index.php/Hot-Topics/moe-explains-how-mib-content-is-spread-in-books.htm

 

 

 

Falsafah : Melayu Islam Beraja (MIB)

Melayu Islam Beraja (Malay Islamic Monarchy, MIB; Jawi: ملايو اسلام براجا)  adalah falsafah kebangsaan yang digunakan oleh Negara Brunei Darussalam yang mana secara rasminya telah diisytiharkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 27 Rabiulawal 1404 Hijriah, bersamaan dengan 1 Januari 1984 Masehi dipengisytiharan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Baginda bertitah

"...Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subahanahu Wata'ala akan untuk selama-lamanya menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran ugama islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah..."

Takrif MIB :

Istilah Melayu dalam kontek MIB adalah tujuh bangsa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei tahun 1959 sebagai pewaris sah bumi Darussalam.  Islam dalam MIB pula memberi pengertian yang Negara Brunei Darussalam adalah  sebuah negara yang berkerjaankan Islam, menjadikan Islam sebagai ugama rasmi negara  mengikut Ahli Sunnah Waljamaah dan dari golongan Mazhab Imam Syafei.  Sementara Beraja dalam MIB adalah merujuk kepada sistem politiknya. Negara yang diperintah dan dipimpin oleh seorang raja yang juga sebagai ketua kepada adat dan agama.

 

 

Profil saya

Profile Image
Mutiara Hj Md Jais
Contact Info
APB Liasion Librarian
Level 3, UBD Library
Tel: +673-246001 ext: 1255
Send Email
 

Waktu Perpustakaan Dibuka

Isnin - Khamis, & Sabtu

8.00 pagi - 10.00 malam

Jumaat

8.00 pagi - 12.00 pagi

2.00 petang - 5.00 petang

Ahad

9.00 pagi - 4.30 petang

Description

Loading  Loading...

Tip